Friday, May 6, 2011

Love note.

Hari ni MC. So, tak jumpa En. Bintang. Rindu ni sobsobs..

I miss you. *thanks Google*

Oh En. Bintang, thanks for always been there for me. For this past 131 days, I am so grateful that you're here with me.

Terima kasih awak,
  • Sebab tegur dulu masa tu. Sebenarnya on that same day, kita pun nak tegur awak. Sampai sekarang,kita ingat lagi ayat awak tu. Hihi :')
  • Sebab pandai nak ajak kita keluar. Umpan nak belanja Subway. Haha macam tahu2 je kita suka makan. :')
  • Sebab risaukan kita masa kita keluar time tahun baru hari tu, kita demam. Nampak awak risau. Tengok movie pun tak fokus. Kan? :')
  • Sebab hari2 pun text kita. Beratus2 plak tu mesej dalam sehari sampai sepanjang masa kerja pun text jugak. :')
  • Sebab teman kita pergi wedding kawan kita even baru 2,3 minggu kenal. Awak tak kisah nak pergi & diperkenalkan as my special someone. :')
  • Sebab selalu teman jalan slow2 everytime kaki kita sakit sebab pakai heels ke, pakai kasut yg melecetkan kaki ke. Siap tampalkan plaster lagi kat kaki. :')
  • Sebab selalu habiskan makanan yang kita tak dapat nak habis. Sabar je tunggu kita makan yang slow gila macam siput. :')
  • Sebab selalu je jadi mangsa kemarahan kita. Haha! :D
  • Sebab sanggup carikan kasut yang kita suka (tapi takde saiz) jauh smpai BB tu haa. Malam2 plak tu.
  • Sebab pujuk kita. Belikan roses & bagi depan2 orang kat KLCC. Hikhik. :')
  • Sebab selalu teman kita ke mana2. :')
  • Sebab sanggup bangun pagi2 hari Sabtu, hantar kita pergi kerja & pukul 1 plak datang jemput kita balik. :')
  • Sebab penat2 hantar pergi kerja & jemput masa hari Sabtu tu tapi lepas kerja tak pergi dating pun. :')
  • Sebab sukakan puding yang kita buat. :')
  • Sebab hari tu pergi zoo, kita masak spaghetti tak berapa sedap tapi awak habiskan semuanya. :')
  • Sebab sanggup jalan kaki jauh2 demi kita. :')
  • Sebab mesti akan datang jemput kat rumah bila2 nak pergi dating. Bila kereta takde, awak datang jemput dengan taxi. Hehehe. Kereta jugak tu kan? :')
  • Sebab selalu call time kita tidur tengah2 malam tuuu just to say that you missed me. :')
  • Sebab selalu offer diri nak bawak kita pergi klinik everytime kita sakit. Tapi tak sampai hati nak susahkan awak.:')
  • Sebab hari2 pun puji kita cantik. :')
  • Sebab bertahan dengan kita yang cengeng, mengada2 & gedik ni. :')
  • Sebab sedaya upaya ambil hati mak. :')
  • Sebab dah bawak kita jumpa family awak. I really appreciate it. :')
  • Sebab meluahkan segala yang awak rasa & buatkan kita yakin dengan awak. :')
* 8 May
Psstt tambah lagi. Ada gak yang tertinggal tu. Haha! 
  • Sebab lap kan air mata yang mengalir. You're the first to ever do that. :')
  • Sebab setiap pagi belikan vitagen. :')
  • Sebab cancel nak OT bila kita insist nak balik sama. :')
  • Sebab bila date, awak yang belikan makanan. Kita order je kat awak & duduk tunggu je kat meja. :')
  • Sebab selalu nyanyi untuk kita walaupun suara tu macam segan2 je nak keluar kan? :')
  • Sebab selalu pakai baju match dengan kita. Yeyy suka! :D
  • Sebab suka dengar celoteh kita tp awak gelakkan. Ceit.
Okie nanti kalau ingat lagi, tambah lagi. Hehe. Taknak lupa apa yang awak dah buat untuk kita selama ni. 
 
Awak, TERIMA KASIH UNTUK SEGALA-GALANYA. :')

Aiman Najmi ♥ Ros Nazira

Harap kita punya banyak masa untuk saling menghargai & mencintai. Hehe. Banyak lagi nak cakap awak, tapi tak terluah sekarang. Kita bukan someone yang romantik2 sweet ni. I'm still trying. To be the best for you. But for now I just want you to know that,

I LOVE YOU SO MUCH! & I NEED YOU BY MY SIDE, FOREVER.  

InsyaAllah.

Love,
Ros Nazira Jamili.

5 comments:

Nathalia said...

wahh..dah tunjuk muka! ;p

semoga brbhgia~ :)

zyra j said...

yeah akhirnya dah dpt permission. hehe thanks. same goes for you. :)

k h a y said...

aah dh tnjuk muka!!

sweet sangat!!

hehe

zyra j said...

yeah :D haruslah! hehe

a n a s t a s y e a said...

akhirnya .. terucap jua ;)

anastasyea's latest post .. HTC Desire S | Hak Milik Kekal