Monday, February 7, 2011

Dah habis cuti CNY

Hello everibadi! *Tong totong cang. Tong totong cang *

Hari ni hari last cuti CNY. Cehh menci betol la esok dah kerja wuwuu T.T So, apa je korang buat sepanjang cuti ni? Balik kampung? Makan limau banyak sangat sampai pedih perut? Isk isk isk *geleng2 kepala* Tak bagus ya rakan2. Sila lah jaga kesihatan okie? -- Pesanan ini dibawakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia wahahha tiba2. Panggg! (tampar diri sendiri)

Ehem. Okie meh nak cerita. Sepanjang cuti CNY sebanyak 7 hari ni (wahh lama kan cuti?), aku telah mengemas bilik yg sebelum ni memang macam bilik stor. Yeyy sekarang dah boleh tidur dalam bilik. Haha! Oh sebelum ni tidur kat depan tv je senang kan habis je tengok tv boleh terus padam & tidur. Miahahha. Tidur kat bawah je beralaskan toto bersama mak tp sekarang dah kemas bilik kan so aku tidur dalam. Motif? Boleh bangun lambat, orang yg datang rumah pun tak tahu aku bangun lambat sebab terperap je dalam bilik nyehnyeh.

Tp sebenarnya tak habis kemas lg especially baju2 yg berguni2 (kalau dimasukkan dlm guni la) perghh malas gilakk nak kemas. Nanti2 lah kan yg penting perabot2 dah dialihkan, dah sapu segala macam sawang habuk & pasir (eh?). Em lagi, semalam aku naik turun Batu Caves tu haa 8 round kau! Nak tercabut dah kaki ni haa demi training nak g KK ni adess. Kelmarin 3 round je, semalam 8. Memang catat rekod gak laa. Pastu petang semalam pergi Sogo, cari sweater, thermal shirt & mafla. Alhamdulillah semuanya dapat & yg penting under budget yeah pasni boleh lah beli kasut. :D

----------

Selama 7 hari cuti ni jugak, baru sekali je date dgn En. Bintang. Huhh sedih okie. Tp nak buat macam mana, kena behave kot kang mak bising kan sob sobs. Bertahan je lah dgn dugaan ni semua ye (cewaahh).

Jeng jeng jeng. En. Bintang di'crop' lg. Haha! Biar kekal misteri lah konon. Atas permintaan En. Bintang juga ni.

 Nak jugak gambar kasut bersama nyehnyeh. Kasut lama vs kasut baru tau ni. Cuba teka siapa yg kasut baru?

Si bulat mengada-ngada nak pose sementara tunggu LRT 4 koc. Ahaks.

Alkisahnya pergi date masa hari raya pertama konon nak cari sweater kat Uniqlo sana. Pandai lah sangat kan rupa2nya Uniqlo tutup kot. Demm~ Pergi jalan2 Times Square pun camtu jugak kedai banyak tutup. Tp hasil tangkapan agak memberangsangkan lah, aku beli beg (utk dibawa ke ofis) & En. Bintang beli sweater putih ZARA (wahh3 En. Bintang!). Oh nak beli kasut jugak, tp takde saiz. Hampeh. Selalu macam ni, asal nak beli kasut je mesti takde saiz, asal takde saiz aku je, mesti nak beli kasut tu. Nasib baik dapat makan Carl's Jr (tiba2). Haha!

Em jangan disangkakan air yg tenang takde buaya ya? Ntah2 anaconda pun ada! Sama je lah kitorang pun. Dah gaduh2 dah tp nasib baik lah En. Bintang ni cool jugak so cepat selesai tee hee ILY! ♥ Em, atas persetujuan bersama, asas penting dalam perhubungan adalah komunikasi, percaya, jujur & setia. Lain kali aku elaborate okie? Nak mandi, panas gila!

zyra: Banyak yg perlu dicapai 2011 ni. Doakan agar hasrat aku dimakbulkan. Amin!

Friday, January 28, 2011

Hati anak manja #1

Dah 22 kot. Tp macam budak bawah umur je rasa. Suka nak kongkong. OMG. Dah besar, dah habis belajar, dah kerja. Apa lagi yg nak dirisaukan? Apa lagi yg nak dikongkong? Bukannya aku liar. Bukannya aku buat benda tak senonoh. Dah baik gila dah ni. Ikutkan hati, nak je jadi jahat. Lagi dikongkong lagi lah nak liar. Tp aku tahu lah nak fikir, nak bezakan mana baik mana buruk. Tak adil lah, aku dikongkong. Orang lain boleh pulak nak melebih-lebih.

Kata pernah muda. Kata sporting. Cehh takde maknanya semua tu. Apa yg berlaku sekarang, tak menunjukkan langsung 'sporting' tu. Haihh. Stress okie? Korang tak payah nak nasihat2 yg menunjukkan aku bersalah, tak baik melawan apa semua. Aku sekarang tengah bengang. Orang bengang, jangan cari pasal ha haa garang tak? Garang kan? Takut kan? Okie duduk diam2 baca je ni. Luahan perasaan lah kononnya ni. Nanti dah sejuk tu lain cerita.

Aku tahu lah aku ni menyusahkan. Pagi2 nak pergi kerja kena berhantar, balik berjemput. Separuh jalan je lah kan sebab lepas berhantar tu aku naik bas, then LRT. Bukannya tak bersyukur, sangat bersyukur okie. Tunggu masa nak beli kereta je nanti lepas ni takde dah nak menyusahkan kan. Takpe la. Sekarang ni tahan je la dgn segala bebelan pedas yg tahap memang menangis dibuatnya tu kan. Takpe takpe, mata ada tp buat2 tak nampak. Telinga ada tp buat2 tak dengar. Pahit tu aku telan je lah.

Nak buat apa lagi? Dulu takde BF dok sibuk tanya, dok sibuk merenung masa depan bila nak bermenantu bila nak bercucu. Tp sekarang ni dah ada BF pun dok bising jugak. Nak jumpa tak bagi. Fainnn lah kitorang jumpa pagi2 nak pergi kerja kan, tp 45 minit je pun. Menguap pagi2 pun dah 30 minit. Sempat borak apa je? Nak makan2 tu memang tak la kan? Tengok wayang? Haremmm. Nak jumpa hujung minggu? Hah kena marah ada lah. Kecik hati okie?

Dah lah stress kerja. Hujung minggu nak berjoli pun tak dapat. Kerja 6 hari seminggu kot? 2 minggu je yg off hari Sabtu. Adoii. Setiap kali pun dok cakap suruh simpan duit. Memang la, simpan tu ada la simpan. Tp untuk diri sendiri? Nak jugak mencari kepuasan diri lepas kerja kurang lebih 22 hari sebulan kan. Haihh. Duit sendiri kot. Nak bershopping je memang tak mampu lah. Setakat makan2, tengok wayang tu okie la lagi. Haihh (mengeluh lagi)

Aku rasa aku PMS lah. Tu yg stress semacam. Tak baik okie macam ni. Berdosa. Aku tahu. Tp aku nak luah kat mana lagi? Sedih okie. Bercampur2 perasaan aku sekarang. Stress, bengang, sedih, sakit hati bla bla blaa. Rasa sampai bila2 pun takkan pernah faham aku. 22 tahun dah hidup. Pun tak faham. Yelah patut lah pun kan, aku pun tak faham. En. Bintang suruh banyak bersabar, hormat, jangan melawan sebab benda ni berlaku pun atas sebab risau. Yeah, risaukan anak gadis 22 tahun yg baru nak hidup.

Takpe lah. My work is hell, my life is hell. Eh apsal macam teruk sangat? Oh tu macam hiperbola je bahahaha. Okie tak kelakar pun, tu gelak tak ikhlas. Hurmm. Gembira tu sukar dicapai untuk seorang Ros Nazira nampaknya. Mungkin kadang kala dapat digenggam, tp tak lama pasti terlucut jua dari genggaman. Apa lagi yg harus dikorbankan untuk mendapat secebis bahagia?

Hari ni tiba2 merasa rindu. Rindukan Abah yg sangat jauh. Mula angankan, apa yg berlaku jika Abah masih ada? Adakah aku masih anak manja kesayangan? Yang pasti dipeluk cium setiap kali pulang? Yang pasti dibelikan susu, roti atau makanan lain setiap kali pulang pada malam hari? Yang pasti berbaring berpelukan bila menonton tv? Yang pasti diusik manja? Ah Abah. Sudah 13 tahun tp hati anak manja ini tetap rindu. Maaf Abah jika aku terleka. Alangkah bahagia jika Abah masih ada.

zyra: Bukan tak menghargai mahupun mensyukuri. Tp hati ini sedang marah & kecewa.

Sunday, January 23, 2011

Dinding panas.

Aaaa esok kerja. Malasnya wuwuuu. Rajin sikit sebab nak jumpa En. Bintang je. Hahaha gedik kan? Pergh sejak dua menjak ni FB aku sangat 'panas'. Rasa macam selebriti pun ada. Gara2 gambar misteri aku & En. Bintang, bertubi2 orang tanya itu ini. Macam ni haa.


Permulaan segala kontrobesi. Haha! 14 org like okie tak pernah2. Hah lepas tu bertambah2 la dgn yg lain. Biasa tak ramai pun yg nak post something kat dinding (wall) aku kan. Hakhak~








Aku malas nak susun ikut time bila diorang komen. Aaa okie. Takde la 'panas' mana pun tapi still untuk aku ni 'panas' okie?? Ha nak gelak gi jauh2. Jangan gelak kat sini. Nanti aku marah. Okie esok kerja baju belum iron banyak2 untuk seminggu punya haa bye.

zyra: Boring kan? *tampar diri sendiri* Nanti aku fikir apa yg best nak update blog ni.