Showing posts with label Bunga Bintang LRT. Show all posts
Showing posts with label Bunga Bintang LRT. Show all posts

Sunday, June 5, 2011

Muka ayu hati brutal tau!

Halluu. Assalamualaikum ^^,

Lama eh tak post entri baru? Hehe. Nak cakap busy sangat tu, nampak bebeno nipunye. 2 weekend lepas memang terperuk kat rumah je ye. Blogwalking tu opkos tp update blog sendiri malas? Eee nak kena sekeh jugak ni kang? Haihh. Entah. Inspirasi takde. Balik kampung. *poyo

Tp nasib baik semalam dapat date. Hehe. Ni yg semangat kembali pulih ni. Tengok pulak X-Men: First Class, OMG OMG cool gila Magneto. Asyik kena jeling je setiap kali teruja dengan Magneto. Hikhik. Sorry lah ye awak. Magneto memang awesome gila macam kalau tengok 3D rasa nak peluk3 je tp sebenarnya tak peluk punnnnn tangan je lah terkapai-kapai. Aww~ ok behave. Ehem.

Disebabkan Pavi ramai gila orang semalam, almost tak dapat tiket tau tp nasib baik masa tu dah 1.30pm so GSC dah released yg booking seats tu. Aku dah 'Yeyyy!' kat situ. Nasib baik tak menari je. Haha! So, aku rasa X-Men: First Class memang best. Plot kemas, grafik cantik even memang nampak sangat CGI nyeee kannn? Tp takpe. Magneto awesome. Yeahh bebeyh!

Memang romantik habis makan 1901 dalam gelap. Haha tak sempat lunch kot X-Men punya pasal. Dah habis cerita, pergi isi perut kat Manhattan Fishy2 pulak. Berlagak betul. Tak habis pun. Cehh. Momen tu je la yg penting pun. Banyak makanannya for RM49.90 (excluding tax & service charge). Memang ketat ah perut.


Okehh dah kenyang maka balik! Oh sebelum tu singgah J Co dulu beli jcOol. Mengidam ni. Setiap kali datang Pavi pun wajib beli. Pastu gedik2 nak amik gamba dengan jcOol. Hikhik. Well, girlsss. Memang la. Kalau boleh kat setiap inci mall tu haa nak amik gambar. & aku cukup tak faham why budak2 sekarang kalau amik gambar mesti nak muncung3, mata nak stim bagai. Tak cantik tau. Bajet sexy ke?? Langsung tak. Cuba amik gambar macam ni je. Sengih.


Comel kan? Dah tau dah. Iklan ubat gigi lagi. Oh aku pengguna setia Darlie. Darlie, tak nak amik I jadi duta ke? Model selama 5 saat pun dah cukup. Ahaks.

Well, tu je lah semalam. A normal date for me. Sebab selama ni jumpa terkocoh-kocoh berpeluh-peluh lepas kerja dah masam. Pastu share makan roti. Alolorh cweetnyeee cweeeeettnye. Amboii. Kejadah cweet makan berdiri, berjalan & berlari kejar LRT? *yelaa. kitorang je macam tu. haihh.

TAPI! (Eh ada pulak tapi tu) ingat senang ke nak jaga BF kacak macam ni? Susah tau. Nak-nak nya ada la pulak EX yg menganggu kan? Ishh. Kamon lah. Tak yah nak kacau hidup EX kita. Dah lah dia dah berpunya. Tak yah nak terhegeh lagi okie? Kalau tak berpunya lagi takpe lah. Tengok je FB tu kalau dah ada status in a relationship ke engaged ke married ke. Gambar manja bersama pasangan ke. I post kat wall you, you post kat wall I, I love you I love you ke. Ha sudah. Jangan kacau. Ada gak yg makan kaki ni. Ingat muka ayu macam tu tak brutal ke? Muka legend hati cute eh salah. Muka ayu hati brutal tau!

Warghh makan budak!! Haa takut tak?



Cehh. Dah baca sampai bawah baru tau kaitan tajuk dengan entri. 

zyra: Orang gila jangan dilayan. Nanti kita yg gila (Aiman Najmi, 2011)

Friday, May 6, 2011

Love note.

Hari ni MC. So, tak jumpa En. Bintang. Rindu ni sobsobs..

I miss you. *thanks Google*

Oh En. Bintang, thanks for always been there for me. For this past 131 days, I am so grateful that you're here with me.

Terima kasih awak,
  • Sebab tegur dulu masa tu. Sebenarnya on that same day, kita pun nak tegur awak. Sampai sekarang,kita ingat lagi ayat awak tu. Hihi :')
  • Sebab pandai nak ajak kita keluar. Umpan nak belanja Subway. Haha macam tahu2 je kita suka makan. :')
  • Sebab risaukan kita masa kita keluar time tahun baru hari tu, kita demam. Nampak awak risau. Tengok movie pun tak fokus. Kan? :')
  • Sebab hari2 pun text kita. Beratus2 plak tu mesej dalam sehari sampai sepanjang masa kerja pun text jugak. :')
  • Sebab teman kita pergi wedding kawan kita even baru 2,3 minggu kenal. Awak tak kisah nak pergi & diperkenalkan as my special someone. :')
  • Sebab selalu teman jalan slow2 everytime kaki kita sakit sebab pakai heels ke, pakai kasut yg melecetkan kaki ke. Siap tampalkan plaster lagi kat kaki. :')
  • Sebab selalu habiskan makanan yang kita tak dapat nak habis. Sabar je tunggu kita makan yang slow gila macam siput. :')
  • Sebab selalu je jadi mangsa kemarahan kita. Haha! :D
  • Sebab sanggup carikan kasut yang kita suka (tapi takde saiz) jauh smpai BB tu haa. Malam2 plak tu.
  • Sebab pujuk kita. Belikan roses & bagi depan2 orang kat KLCC. Hikhik. :')
  • Sebab selalu teman kita ke mana2. :')
  • Sebab sanggup bangun pagi2 hari Sabtu, hantar kita pergi kerja & pukul 1 plak datang jemput kita balik. :')
  • Sebab penat2 hantar pergi kerja & jemput masa hari Sabtu tu tapi lepas kerja tak pergi dating pun. :')
  • Sebab sukakan puding yang kita buat. :')
  • Sebab hari tu pergi zoo, kita masak spaghetti tak berapa sedap tapi awak habiskan semuanya. :')
  • Sebab sanggup jalan kaki jauh2 demi kita. :')
  • Sebab mesti akan datang jemput kat rumah bila2 nak pergi dating. Bila kereta takde, awak datang jemput dengan taxi. Hehehe. Kereta jugak tu kan? :')
  • Sebab selalu call time kita tidur tengah2 malam tuuu just to say that you missed me. :')
  • Sebab selalu offer diri nak bawak kita pergi klinik everytime kita sakit. Tapi tak sampai hati nak susahkan awak.:')
  • Sebab hari2 pun puji kita cantik. :')
  • Sebab bertahan dengan kita yang cengeng, mengada2 & gedik ni. :')
  • Sebab sedaya upaya ambil hati mak. :')
  • Sebab dah bawak kita jumpa family awak. I really appreciate it. :')
  • Sebab meluahkan segala yang awak rasa & buatkan kita yakin dengan awak. :')
* 8 May
Psstt tambah lagi. Ada gak yang tertinggal tu. Haha! 
  • Sebab lap kan air mata yang mengalir. You're the first to ever do that. :')
  • Sebab setiap pagi belikan vitagen. :')
  • Sebab cancel nak OT bila kita insist nak balik sama. :')
  • Sebab bila date, awak yang belikan makanan. Kita order je kat awak & duduk tunggu je kat meja. :')
  • Sebab selalu nyanyi untuk kita walaupun suara tu macam segan2 je nak keluar kan? :')
  • Sebab selalu pakai baju match dengan kita. Yeyy suka! :D
  • Sebab suka dengar celoteh kita tp awak gelakkan. Ceit.
Okie nanti kalau ingat lagi, tambah lagi. Hehe. Taknak lupa apa yang awak dah buat untuk kita selama ni. 
 
Awak, TERIMA KASIH UNTUK SEGALA-GALANYA. :')

Aiman Najmi ♥ Ros Nazira

Harap kita punya banyak masa untuk saling menghargai & mencintai. Hehe. Banyak lagi nak cakap awak, tapi tak terluah sekarang. Kita bukan someone yang romantik2 sweet ni. I'm still trying. To be the best for you. But for now I just want you to know that,

I LOVE YOU SO MUCH! & I NEED YOU BY MY SIDE, FOREVER.  

InsyaAllah.

Love,
Ros Nazira Jamili.

Saturday, April 23, 2011

I wanna get married please!

Wuu kawan baik aku masa kat Terendak dulu dah pregnant! Alhamdulillah & tahniah. Dia nikah bulan 12 tahun lepas, sekarang dah pregnant 3 bulan. Aku rasa macam baru semalam dia call aku, jemput datang majlis dia. Baru je dia cerita yang husband dia tu sebenarnya bukan 'taste' dia, tapi dilamar jugak & selepas berkali-kali dilamar, dia buka hati untuk terima. Sweet gila. Yes, mereka bercinta lepas nikah. Lebih nikmat. Oh aku ingat lagi, aku attend reception dia dengan En. Bintang. Hehe. Baju pengantin merah menyala ok? Jap, aku cari gambar.

Ok. Ni dia, Intan & husband (oh aku lupa nama dia).


Cantik kan? Aku jeles. Sebab dia dah kahwin & on the way dapat baby. Serius oh aku sekarang ni, macam tak sabar2 nak kahwin. Nak rasa kebahagiaan berkongsi hidup dengan orang yang kita cinta. Memikul tanggungjawab suami isteri, hadapi susah senang hidup bersama & banyak lagi. Marriage is definitely a BIG thing. Macam mana aku boleh sure pasal keinginan ni pun aku tak tahu. Tapi dari dulu lagi memang nak kahwin awal. Hehe. Calon je takde. Kalau dulu dah ada calon, mahu sekarang ni dah beranak dua, tiga, atau mungkin lima. Eh jap, aku rasa anak nak empat je. Family planning tu penting. Hakhak.

So, macam mana ni? Ok tak ok kahwin muda? Haa muda kat sini, aku maksudkan, lingkungan umur aku lah 20-25 tahun. Ke 25 tu dah tak dikira muda? Ok masukkan sekali 18, 19 tahun. Bagi aku, kalau cukup persediaan nak mendirikan rumahtangga, umur berapa2 pun tak kisah. Jumpa yang sesuai, nikah je. Senang. Nak bercinta lama2 buat apa? Bercinta bagai nak rak buku 3 tahun, sekali tak jadi jugak (ok fine, aku terasa). Baik tak payah kan? Membazir duit, masa, tenaga & air mata je. Aku suka love story macam Intan. Kenal sekejap, kahwin. Bercinta lepas kahwin. Buat lah apa suka pun, halal.

Nah ni kebaikan2 kahwin awal;
  1. Meramaikan manusia atas muka bumi atau spesifiknya membanyakkan zuriat umat Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya Nabi SAW bangga dengan umatnya yang ramai di hari akhirat nanti.
  2. Elak mendekati zina.
  3. Mengurangkan dan menghapuskan gejala sosial.
  4. Membantu memberi ketenangan hidup yang maksima.
  5. Ibadah yang berganda pahalanya dan lebih khusyu’.
Eh jap. Kenapa terasa macam tengah buat karangan SPM ni? Tak pun macam jawab exam paper Pendidikan Islam. Haa tu dio. Tengok tu ha kan baguih kahwin? Apo tunggu laie, poie kahwin skang! (ye aku org nogori tapi tak pandai speaking nogori. sigh~)

Tapi, nak kahwin awal pun, banyak benda kena fikir. Yelah, aku tengok yang dok kahwin awal ni, sana sini mak ayah sponsor (ni kes kalau dua2 pun muda). Yup, diakui MONEY is one of the thing yang menyukarkan niat murni aku. Cewaah~ Serius saving takde sedih tahu tak wuwuu. Mana nak buat majlis, belanja kahwin bagai, nanti lepas kahwin lagi hurmm... Tak boleh lah nak bebankan lelaki je semua. Kita perempuan ni tolong lah sikit2. Yang kahwin pun berdua, bukan sorang. Cehh pandai cakap. Haha. Dah lah sekarang semua pun mahal. Aku rasa paling2 kena jugak lah 30k. Wuwuu T_T

"Apa susah, buat lah loan. Tu Bank Rakyat ada." Amboi mak. Camtu cakap kat aku?

Haihh. Dah ada 30k, ha kahwin je la. Sambil2 berjanggut nak tunggu 30k tu mantapkan lah diri dengan ilmu agama, ilmu rumahtangga semua. InsyaAllah dipermudahkan Allah. Yang penting kesederhanaan, jangan membazir sebab perkahwinan paling berkat, adalah yang paling murah belanja. Ewaah tu ada ustaz yang cakap, bukan aku cakap. Aku taip je. Miahahaha.

Oh En. Bintang, mari kahwin!

Sedar tak sedar... Ehem. Sebenarnya sedar. Sebab dok kira berapa hari berapa hari kenal En. Bintang. Well, dah 118 hari dah kenal En. Bintang. Yeyy happy! Em setakat ni, En. Bintang sangat sweet, penyabar, memahami, mengambil berat, bertanggungjawab, manja & memanjakan, penyayang, telus tulus ikhlas... amboiii over. Haha! He's the best lah senang cerita. Totally apa yang aku nak. Bersyukur sangat sebab dipertemukan dengan dia yang berjuta kali lebih baik daripada yang sebelum ini. Apa yang jadi akan datang kita tak tahu, so teruskan je menikmati apa yang Allah beri & semoga En. Bintang tu Allah panjangkan jodohnya dengan aku, kalau boleh biarlah sampai syurga nanti.

& of course, normal lah kalau kami ada perancangan untuk bernikah. Maybe tahun ni, maybe tahun depan, maybe 2,3 tahun lagi. Em tak tahu lah. Sebab yang susah sikit, bab duit lah. Pening dah fikir, tak tahu lah macam mana. Nak nikah senang, malam ni pun boleh. Majlisnya tu. Se-simple2 pun, duit jugak kan? Macam mana nak buat eh? Korang kot ada pengalaman sendiri ke orang keliling korang ke, pasal dilema duit takde tapi nak kahwin jugak ni, share2 lah sikit ea ea. Sharing is caring maa ;) Cehh! Time2 ni lah sharing is caring ye?

gambar cilok dari Google.

Aaa I wanna get married please!

zyra: Korang, sesungguhnya perkahwinan adalah satu ibadah. :)

Saturday, March 26, 2011

Away.

His doodles. :') Mesti lah tak termasuk 'heart' tu kan? Bahaha beria bebeno nak 'sorok' En. Bintang. Hehe.


Rindunya. :'(

zyra: Balik kampung je pun. Emonya haihh.

Monday, February 7, 2011

Dah habis cuti CNY

Hello everibadi! *Tong totong cang. Tong totong cang *

Hari ni hari last cuti CNY. Cehh menci betol la esok dah kerja wuwuu T.T So, apa je korang buat sepanjang cuti ni? Balik kampung? Makan limau banyak sangat sampai pedih perut? Isk isk isk *geleng2 kepala* Tak bagus ya rakan2. Sila lah jaga kesihatan okie? -- Pesanan ini dibawakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia wahahha tiba2. Panggg! (tampar diri sendiri)

Ehem. Okie meh nak cerita. Sepanjang cuti CNY sebanyak 7 hari ni (wahh lama kan cuti?), aku telah mengemas bilik yg sebelum ni memang macam bilik stor. Yeyy sekarang dah boleh tidur dalam bilik. Haha! Oh sebelum ni tidur kat depan tv je senang kan habis je tengok tv boleh terus padam & tidur. Miahahha. Tidur kat bawah je beralaskan toto bersama mak tp sekarang dah kemas bilik kan so aku tidur dalam. Motif? Boleh bangun lambat, orang yg datang rumah pun tak tahu aku bangun lambat sebab terperap je dalam bilik nyehnyeh.

Tp sebenarnya tak habis kemas lg especially baju2 yg berguni2 (kalau dimasukkan dlm guni la) perghh malas gilakk nak kemas. Nanti2 lah kan yg penting perabot2 dah dialihkan, dah sapu segala macam sawang habuk & pasir (eh?). Em lagi, semalam aku naik turun Batu Caves tu haa 8 round kau! Nak tercabut dah kaki ni haa demi training nak g KK ni adess. Kelmarin 3 round je, semalam 8. Memang catat rekod gak laa. Pastu petang semalam pergi Sogo, cari sweater, thermal shirt & mafla. Alhamdulillah semuanya dapat & yg penting under budget yeah pasni boleh lah beli kasut. :D

----------

Selama 7 hari cuti ni jugak, baru sekali je date dgn En. Bintang. Huhh sedih okie. Tp nak buat macam mana, kena behave kot kang mak bising kan sob sobs. Bertahan je lah dgn dugaan ni semua ye (cewaahh).

Jeng jeng jeng. En. Bintang di'crop' lg. Haha! Biar kekal misteri lah konon. Atas permintaan En. Bintang juga ni.

 Nak jugak gambar kasut bersama nyehnyeh. Kasut lama vs kasut baru tau ni. Cuba teka siapa yg kasut baru?

Si bulat mengada-ngada nak pose sementara tunggu LRT 4 koc. Ahaks.

Alkisahnya pergi date masa hari raya pertama konon nak cari sweater kat Uniqlo sana. Pandai lah sangat kan rupa2nya Uniqlo tutup kot. Demm~ Pergi jalan2 Times Square pun camtu jugak kedai banyak tutup. Tp hasil tangkapan agak memberangsangkan lah, aku beli beg (utk dibawa ke ofis) & En. Bintang beli sweater putih ZARA (wahh3 En. Bintang!). Oh nak beli kasut jugak, tp takde saiz. Hampeh. Selalu macam ni, asal nak beli kasut je mesti takde saiz, asal takde saiz aku je, mesti nak beli kasut tu. Nasib baik dapat makan Carl's Jr (tiba2). Haha!

Em jangan disangkakan air yg tenang takde buaya ya? Ntah2 anaconda pun ada! Sama je lah kitorang pun. Dah gaduh2 dah tp nasib baik lah En. Bintang ni cool jugak so cepat selesai tee hee ILY! ♥ Em, atas persetujuan bersama, asas penting dalam perhubungan adalah komunikasi, percaya, jujur & setia. Lain kali aku elaborate okie? Nak mandi, panas gila!

zyra: Banyak yg perlu dicapai 2011 ni. Doakan agar hasrat aku dimakbulkan. Amin!

Sunday, January 23, 2011

Dinding panas.

Aaaa esok kerja. Malasnya wuwuuu. Rajin sikit sebab nak jumpa En. Bintang je. Hahaha gedik kan? Pergh sejak dua menjak ni FB aku sangat 'panas'. Rasa macam selebriti pun ada. Gara2 gambar misteri aku & En. Bintang, bertubi2 orang tanya itu ini. Macam ni haa.


Permulaan segala kontrobesi. Haha! 14 org like okie tak pernah2. Hah lepas tu bertambah2 la dgn yg lain. Biasa tak ramai pun yg nak post something kat dinding (wall) aku kan. Hakhak~








Aku malas nak susun ikut time bila diorang komen. Aaa okie. Takde la 'panas' mana pun tapi still untuk aku ni 'panas' okie?? Ha nak gelak gi jauh2. Jangan gelak kat sini. Nanti aku marah. Okie esok kerja baju belum iron banyak2 untuk seminggu punya haa bye.

zyra: Boring kan? *tampar diri sendiri* Nanti aku fikir apa yg best nak update blog ni.

Wednesday, January 19, 2011

Bunga & Bintang

Ini serius, InsyaAllah. :)


Sudah 24 hari mengenali awak En. Bintang. Bahagia sangat. Terima kasih ya Allah, meminjamkan jejaka kacak luar & dalam ini untuk menemani & mengubati luka di hati ini. Semoga dia dipinjamkan sehingga hembus nafasku yg terakhir. Dia memang manis. Sumpah, sayang dia sangat. :')

"Here we go, come with me
There's a world out there that we should see
Take my hand, close your eyes
With you right here, I'm a rocketeer"

zyra: En. Bintang memberi kuntuman ros untuk Cik Bunga yg merajuk. Ohh terharu. Em motif tulisan ungu? :P

Sunday, January 9, 2011

Bunga, Bintang & LRT.

Terima kasih En. Bintang! :)
Awak menceriakan hidup sy. Ibarat pelangi selepas hujan, awak adalah bintang di malam yg suram. Awak bintang sy. Terima kasih. Sangat. Bunga, Bintang & LRT. Harap kisah kita tak pernah berakhir.


zyra: Motif gambar Patrick & Spongebob?? Haha!