Friday, May 6, 2011

Love note.

Hari ni MC. So, tak jumpa En. Bintang. Rindu ni sobsobs..

I miss you. *thanks Google*

Oh En. Bintang, thanks for always been there for me. For this past 131 days, I am so grateful that you're here with me.

Terima kasih awak,
  • Sebab tegur dulu masa tu. Sebenarnya on that same day, kita pun nak tegur awak. Sampai sekarang,kita ingat lagi ayat awak tu. Hihi :')
  • Sebab pandai nak ajak kita keluar. Umpan nak belanja Subway. Haha macam tahu2 je kita suka makan. :')
  • Sebab risaukan kita masa kita keluar time tahun baru hari tu, kita demam. Nampak awak risau. Tengok movie pun tak fokus. Kan? :')
  • Sebab hari2 pun text kita. Beratus2 plak tu mesej dalam sehari sampai sepanjang masa kerja pun text jugak. :')
  • Sebab teman kita pergi wedding kawan kita even baru 2,3 minggu kenal. Awak tak kisah nak pergi & diperkenalkan as my special someone. :')
  • Sebab selalu teman jalan slow2 everytime kaki kita sakit sebab pakai heels ke, pakai kasut yg melecetkan kaki ke. Siap tampalkan plaster lagi kat kaki. :')
  • Sebab selalu habiskan makanan yang kita tak dapat nak habis. Sabar je tunggu kita makan yang slow gila macam siput. :')
  • Sebab selalu je jadi mangsa kemarahan kita. Haha! :D
  • Sebab sanggup carikan kasut yang kita suka (tapi takde saiz) jauh smpai BB tu haa. Malam2 plak tu.
  • Sebab pujuk kita. Belikan roses & bagi depan2 orang kat KLCC. Hikhik. :')
  • Sebab selalu teman kita ke mana2. :')
  • Sebab sanggup bangun pagi2 hari Sabtu, hantar kita pergi kerja & pukul 1 plak datang jemput kita balik. :')
  • Sebab penat2 hantar pergi kerja & jemput masa hari Sabtu tu tapi lepas kerja tak pergi dating pun. :')
  • Sebab sukakan puding yang kita buat. :')
  • Sebab hari tu pergi zoo, kita masak spaghetti tak berapa sedap tapi awak habiskan semuanya. :')
  • Sebab sanggup jalan kaki jauh2 demi kita. :')
  • Sebab mesti akan datang jemput kat rumah bila2 nak pergi dating. Bila kereta takde, awak datang jemput dengan taxi. Hehehe. Kereta jugak tu kan? :')
  • Sebab selalu call time kita tidur tengah2 malam tuuu just to say that you missed me. :')
  • Sebab selalu offer diri nak bawak kita pergi klinik everytime kita sakit. Tapi tak sampai hati nak susahkan awak.:')
  • Sebab hari2 pun puji kita cantik. :')
  • Sebab bertahan dengan kita yang cengeng, mengada2 & gedik ni. :')
  • Sebab sedaya upaya ambil hati mak. :')
  • Sebab dah bawak kita jumpa family awak. I really appreciate it. :')
  • Sebab meluahkan segala yang awak rasa & buatkan kita yakin dengan awak. :')
* 8 May
Psstt tambah lagi. Ada gak yang tertinggal tu. Haha! 
  • Sebab lap kan air mata yang mengalir. You're the first to ever do that. :')
  • Sebab setiap pagi belikan vitagen. :')
  • Sebab cancel nak OT bila kita insist nak balik sama. :')
  • Sebab bila date, awak yang belikan makanan. Kita order je kat awak & duduk tunggu je kat meja. :')
  • Sebab selalu nyanyi untuk kita walaupun suara tu macam segan2 je nak keluar kan? :')
  • Sebab selalu pakai baju match dengan kita. Yeyy suka! :D
  • Sebab suka dengar celoteh kita tp awak gelakkan. Ceit.
Okie nanti kalau ingat lagi, tambah lagi. Hehe. Taknak lupa apa yang awak dah buat untuk kita selama ni. 
 
Awak, TERIMA KASIH UNTUK SEGALA-GALANYA. :')

Aiman Najmi ♥ Ros Nazira

Harap kita punya banyak masa untuk saling menghargai & mencintai. Hehe. Banyak lagi nak cakap awak, tapi tak terluah sekarang. Kita bukan someone yang romantik2 sweet ni. I'm still trying. To be the best for you. But for now I just want you to know that,

I LOVE YOU SO MUCH! & I NEED YOU BY MY SIDE, FOREVER.  

InsyaAllah.

Love,
Ros Nazira Jamili.

Dapat kerja baru.

Ya Rabbi. Dah kenapa lah dengan aku ni sebulan sekali baru nak update blog? Hahaha melampau kan biar blog bersawang bagai macam ni. Busy bebeno lah kononnya.

 I'm busy. *cilok dari Google bhai*

Well, bulan ni nampaknya ada perubahan ye. Alhamdulillah dah dapat kerja baru so babai lah company sekarang yang tak best tuuu dengan bos yang super annoying tuuu. Eee nyampah mak noks! *eeuww* Lega okie pencarian dari tahun lepas ni akhirnya, membuahkan hasil. Tapi nervous ni nak start tempat baru sebab it's totally different from my current practice. So I'm starting new. Hopefully, I can cope with it and try my best to perform. Pray for me k? ♥

Hari ni demam. Since last couple of days. Demam, batuk, selsema. Full package tu. Aku rasa ofis aku banyak sangat habuk dan kotoran tu yang terjangkit tu. Tapi serius. Aku rasa ofis aku tu kotor. Tak capai piawaian kebersihan aku. Cewaahh. Toilet tu kan, bila dah petang je confirm hancinggg gila. Bongok tak bongok lah tempat aku dekat dengan toilet. Demm weh ada nenek cleaner pun hampeh. Takat curah2 air je aku pun boleh buat. Bagi lah gaji nenek tu kat aku. Confirm bersih wangi berkilat fling2 je toilet tu.*fling2 tu sound effect berkilat*

Ah dah lah. Banyak sangat cerita yang bikin hati panas kat ofis tu. So abaikan. Dah nak blah dah pun kan?


zyra: I am fully-booked this weekend.

Saturday, April 23, 2011

I wanna get married please!

Wuu kawan baik aku masa kat Terendak dulu dah pregnant! Alhamdulillah & tahniah. Dia nikah bulan 12 tahun lepas, sekarang dah pregnant 3 bulan. Aku rasa macam baru semalam dia call aku, jemput datang majlis dia. Baru je dia cerita yang husband dia tu sebenarnya bukan 'taste' dia, tapi dilamar jugak & selepas berkali-kali dilamar, dia buka hati untuk terima. Sweet gila. Yes, mereka bercinta lepas nikah. Lebih nikmat. Oh aku ingat lagi, aku attend reception dia dengan En. Bintang. Hehe. Baju pengantin merah menyala ok? Jap, aku cari gambar.

Ok. Ni dia, Intan & husband (oh aku lupa nama dia).


Cantik kan? Aku jeles. Sebab dia dah kahwin & on the way dapat baby. Serius oh aku sekarang ni, macam tak sabar2 nak kahwin. Nak rasa kebahagiaan berkongsi hidup dengan orang yang kita cinta. Memikul tanggungjawab suami isteri, hadapi susah senang hidup bersama & banyak lagi. Marriage is definitely a BIG thing. Macam mana aku boleh sure pasal keinginan ni pun aku tak tahu. Tapi dari dulu lagi memang nak kahwin awal. Hehe. Calon je takde. Kalau dulu dah ada calon, mahu sekarang ni dah beranak dua, tiga, atau mungkin lima. Eh jap, aku rasa anak nak empat je. Family planning tu penting. Hakhak.

So, macam mana ni? Ok tak ok kahwin muda? Haa muda kat sini, aku maksudkan, lingkungan umur aku lah 20-25 tahun. Ke 25 tu dah tak dikira muda? Ok masukkan sekali 18, 19 tahun. Bagi aku, kalau cukup persediaan nak mendirikan rumahtangga, umur berapa2 pun tak kisah. Jumpa yang sesuai, nikah je. Senang. Nak bercinta lama2 buat apa? Bercinta bagai nak rak buku 3 tahun, sekali tak jadi jugak (ok fine, aku terasa). Baik tak payah kan? Membazir duit, masa, tenaga & air mata je. Aku suka love story macam Intan. Kenal sekejap, kahwin. Bercinta lepas kahwin. Buat lah apa suka pun, halal.

Nah ni kebaikan2 kahwin awal;
  1. Meramaikan manusia atas muka bumi atau spesifiknya membanyakkan zuriat umat Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya Nabi SAW bangga dengan umatnya yang ramai di hari akhirat nanti.
  2. Elak mendekati zina.
  3. Mengurangkan dan menghapuskan gejala sosial.
  4. Membantu memberi ketenangan hidup yang maksima.
  5. Ibadah yang berganda pahalanya dan lebih khusyu’.
Eh jap. Kenapa terasa macam tengah buat karangan SPM ni? Tak pun macam jawab exam paper Pendidikan Islam. Haa tu dio. Tengok tu ha kan baguih kahwin? Apo tunggu laie, poie kahwin skang! (ye aku org nogori tapi tak pandai speaking nogori. sigh~)

Tapi, nak kahwin awal pun, banyak benda kena fikir. Yelah, aku tengok yang dok kahwin awal ni, sana sini mak ayah sponsor (ni kes kalau dua2 pun muda). Yup, diakui MONEY is one of the thing yang menyukarkan niat murni aku. Cewaah~ Serius saving takde sedih tahu tak wuwuu. Mana nak buat majlis, belanja kahwin bagai, nanti lepas kahwin lagi hurmm... Tak boleh lah nak bebankan lelaki je semua. Kita perempuan ni tolong lah sikit2. Yang kahwin pun berdua, bukan sorang. Cehh pandai cakap. Haha. Dah lah sekarang semua pun mahal. Aku rasa paling2 kena jugak lah 30k. Wuwuu T_T

"Apa susah, buat lah loan. Tu Bank Rakyat ada." Amboi mak. Camtu cakap kat aku?

Haihh. Dah ada 30k, ha kahwin je la. Sambil2 berjanggut nak tunggu 30k tu mantapkan lah diri dengan ilmu agama, ilmu rumahtangga semua. InsyaAllah dipermudahkan Allah. Yang penting kesederhanaan, jangan membazir sebab perkahwinan paling berkat, adalah yang paling murah belanja. Ewaah tu ada ustaz yang cakap, bukan aku cakap. Aku taip je. Miahahaha.

Oh En. Bintang, mari kahwin!

Sedar tak sedar... Ehem. Sebenarnya sedar. Sebab dok kira berapa hari berapa hari kenal En. Bintang. Well, dah 118 hari dah kenal En. Bintang. Yeyy happy! Em setakat ni, En. Bintang sangat sweet, penyabar, memahami, mengambil berat, bertanggungjawab, manja & memanjakan, penyayang, telus tulus ikhlas... amboiii over. Haha! He's the best lah senang cerita. Totally apa yang aku nak. Bersyukur sangat sebab dipertemukan dengan dia yang berjuta kali lebih baik daripada yang sebelum ini. Apa yang jadi akan datang kita tak tahu, so teruskan je menikmati apa yang Allah beri & semoga En. Bintang tu Allah panjangkan jodohnya dengan aku, kalau boleh biarlah sampai syurga nanti.

& of course, normal lah kalau kami ada perancangan untuk bernikah. Maybe tahun ni, maybe tahun depan, maybe 2,3 tahun lagi. Em tak tahu lah. Sebab yang susah sikit, bab duit lah. Pening dah fikir, tak tahu lah macam mana. Nak nikah senang, malam ni pun boleh. Majlisnya tu. Se-simple2 pun, duit jugak kan? Macam mana nak buat eh? Korang kot ada pengalaman sendiri ke orang keliling korang ke, pasal dilema duit takde tapi nak kahwin jugak ni, share2 lah sikit ea ea. Sharing is caring maa ;) Cehh! Time2 ni lah sharing is caring ye?

gambar cilok dari Google.

Aaa I wanna get married please!

zyra: Korang, sesungguhnya perkahwinan adalah satu ibadah. :)