Saturday, April 23, 2011

I wanna get married please!

Wuu kawan baik aku masa kat Terendak dulu dah pregnant! Alhamdulillah & tahniah. Dia nikah bulan 12 tahun lepas, sekarang dah pregnant 3 bulan. Aku rasa macam baru semalam dia call aku, jemput datang majlis dia. Baru je dia cerita yang husband dia tu sebenarnya bukan 'taste' dia, tapi dilamar jugak & selepas berkali-kali dilamar, dia buka hati untuk terima. Sweet gila. Yes, mereka bercinta lepas nikah. Lebih nikmat. Oh aku ingat lagi, aku attend reception dia dengan En. Bintang. Hehe. Baju pengantin merah menyala ok? Jap, aku cari gambar.

Ok. Ni dia, Intan & husband (oh aku lupa nama dia).


Cantik kan? Aku jeles. Sebab dia dah kahwin & on the way dapat baby. Serius oh aku sekarang ni, macam tak sabar2 nak kahwin. Nak rasa kebahagiaan berkongsi hidup dengan orang yang kita cinta. Memikul tanggungjawab suami isteri, hadapi susah senang hidup bersama & banyak lagi. Marriage is definitely a BIG thing. Macam mana aku boleh sure pasal keinginan ni pun aku tak tahu. Tapi dari dulu lagi memang nak kahwin awal. Hehe. Calon je takde. Kalau dulu dah ada calon, mahu sekarang ni dah beranak dua, tiga, atau mungkin lima. Eh jap, aku rasa anak nak empat je. Family planning tu penting. Hakhak.

So, macam mana ni? Ok tak ok kahwin muda? Haa muda kat sini, aku maksudkan, lingkungan umur aku lah 20-25 tahun. Ke 25 tu dah tak dikira muda? Ok masukkan sekali 18, 19 tahun. Bagi aku, kalau cukup persediaan nak mendirikan rumahtangga, umur berapa2 pun tak kisah. Jumpa yang sesuai, nikah je. Senang. Nak bercinta lama2 buat apa? Bercinta bagai nak rak buku 3 tahun, sekali tak jadi jugak (ok fine, aku terasa). Baik tak payah kan? Membazir duit, masa, tenaga & air mata je. Aku suka love story macam Intan. Kenal sekejap, kahwin. Bercinta lepas kahwin. Buat lah apa suka pun, halal.

Nah ni kebaikan2 kahwin awal;
  1. Meramaikan manusia atas muka bumi atau spesifiknya membanyakkan zuriat umat Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya Nabi SAW bangga dengan umatnya yang ramai di hari akhirat nanti.
  2. Elak mendekati zina.
  3. Mengurangkan dan menghapuskan gejala sosial.
  4. Membantu memberi ketenangan hidup yang maksima.
  5. Ibadah yang berganda pahalanya dan lebih khusyu’.
Eh jap. Kenapa terasa macam tengah buat karangan SPM ni? Tak pun macam jawab exam paper Pendidikan Islam. Haa tu dio. Tengok tu ha kan baguih kahwin? Apo tunggu laie, poie kahwin skang! (ye aku org nogori tapi tak pandai speaking nogori. sigh~)

Tapi, nak kahwin awal pun, banyak benda kena fikir. Yelah, aku tengok yang dok kahwin awal ni, sana sini mak ayah sponsor (ni kes kalau dua2 pun muda). Yup, diakui MONEY is one of the thing yang menyukarkan niat murni aku. Cewaah~ Serius saving takde sedih tahu tak wuwuu. Mana nak buat majlis, belanja kahwin bagai, nanti lepas kahwin lagi hurmm... Tak boleh lah nak bebankan lelaki je semua. Kita perempuan ni tolong lah sikit2. Yang kahwin pun berdua, bukan sorang. Cehh pandai cakap. Haha. Dah lah sekarang semua pun mahal. Aku rasa paling2 kena jugak lah 30k. Wuwuu T_T

"Apa susah, buat lah loan. Tu Bank Rakyat ada." Amboi mak. Camtu cakap kat aku?

Haihh. Dah ada 30k, ha kahwin je la. Sambil2 berjanggut nak tunggu 30k tu mantapkan lah diri dengan ilmu agama, ilmu rumahtangga semua. InsyaAllah dipermudahkan Allah. Yang penting kesederhanaan, jangan membazir sebab perkahwinan paling berkat, adalah yang paling murah belanja. Ewaah tu ada ustaz yang cakap, bukan aku cakap. Aku taip je. Miahahaha.

Oh En. Bintang, mari kahwin!

Sedar tak sedar... Ehem. Sebenarnya sedar. Sebab dok kira berapa hari berapa hari kenal En. Bintang. Well, dah 118 hari dah kenal En. Bintang. Yeyy happy! Em setakat ni, En. Bintang sangat sweet, penyabar, memahami, mengambil berat, bertanggungjawab, manja & memanjakan, penyayang, telus tulus ikhlas... amboiii over. Haha! He's the best lah senang cerita. Totally apa yang aku nak. Bersyukur sangat sebab dipertemukan dengan dia yang berjuta kali lebih baik daripada yang sebelum ini. Apa yang jadi akan datang kita tak tahu, so teruskan je menikmati apa yang Allah beri & semoga En. Bintang tu Allah panjangkan jodohnya dengan aku, kalau boleh biarlah sampai syurga nanti.

& of course, normal lah kalau kami ada perancangan untuk bernikah. Maybe tahun ni, maybe tahun depan, maybe 2,3 tahun lagi. Em tak tahu lah. Sebab yang susah sikit, bab duit lah. Pening dah fikir, tak tahu lah macam mana. Nak nikah senang, malam ni pun boleh. Majlisnya tu. Se-simple2 pun, duit jugak kan? Macam mana nak buat eh? Korang kot ada pengalaman sendiri ke orang keliling korang ke, pasal dilema duit takde tapi nak kahwin jugak ni, share2 lah sikit ea ea. Sharing is caring maa ;) Cehh! Time2 ni lah sharing is caring ye?

gambar cilok dari Google.

Aaa I wanna get married please!

zyra: Korang, sesungguhnya perkahwinan adalah satu ibadah. :)

5 comments:

k h a y said...

mek kawin jgn lupa jemput aku. hehe

DAUD said...

huhu

zyra j said...

khay: opkos la. da jmput tp x dtg tu mmg siap la. haha xD

daud: hehe :D

beckpanda said...

okay.tiba tiba. rase cam nak kawen right on this minute jugak. ehe. gurau je. amboi cik Ros. ha. cepatla ajak en bintang kawen wahh. jemput saya itu, jgn dilupa.saya pasti akan mem-payahkan diri saya utk datang ke kg kemensah kegeRAMAN ehh kegemaran saya ituuu. hiiii. amboi ayat pn mak kemain lg ehh. ha. pnjam je ngan bank rakyat tuh hoho.tp skg sponsor mak ayah bersepah kan.saya akui.adik bf saya nk kawen pn mak ayah dia sponsor. opps. :P

zyra j said...

hahahaha mari2 kte kawen. :D
jgn risau. mst jemput pnye. jgn xdtg plak ea? :P mak mmg. kemain lg. kn best klo mak yg sponsor. haa adik bf dpt sponsor. en.bf xdpt sponsor ke? cpt sket dpt rse ns myk kamu. hahahaha :D