Friday, January 28, 2011

Hati anak manja #1

Dah 22 kot. Tp macam budak bawah umur je rasa. Suka nak kongkong. OMG. Dah besar, dah habis belajar, dah kerja. Apa lagi yg nak dirisaukan? Apa lagi yg nak dikongkong? Bukannya aku liar. Bukannya aku buat benda tak senonoh. Dah baik gila dah ni. Ikutkan hati, nak je jadi jahat. Lagi dikongkong lagi lah nak liar. Tp aku tahu lah nak fikir, nak bezakan mana baik mana buruk. Tak adil lah, aku dikongkong. Orang lain boleh pulak nak melebih-lebih.

Kata pernah muda. Kata sporting. Cehh takde maknanya semua tu. Apa yg berlaku sekarang, tak menunjukkan langsung 'sporting' tu. Haihh. Stress okie? Korang tak payah nak nasihat2 yg menunjukkan aku bersalah, tak baik melawan apa semua. Aku sekarang tengah bengang. Orang bengang, jangan cari pasal ha haa garang tak? Garang kan? Takut kan? Okie duduk diam2 baca je ni. Luahan perasaan lah kononnya ni. Nanti dah sejuk tu lain cerita.

Aku tahu lah aku ni menyusahkan. Pagi2 nak pergi kerja kena berhantar, balik berjemput. Separuh jalan je lah kan sebab lepas berhantar tu aku naik bas, then LRT. Bukannya tak bersyukur, sangat bersyukur okie. Tunggu masa nak beli kereta je nanti lepas ni takde dah nak menyusahkan kan. Takpe la. Sekarang ni tahan je la dgn segala bebelan pedas yg tahap memang menangis dibuatnya tu kan. Takpe takpe, mata ada tp buat2 tak nampak. Telinga ada tp buat2 tak dengar. Pahit tu aku telan je lah.

Nak buat apa lagi? Dulu takde BF dok sibuk tanya, dok sibuk merenung masa depan bila nak bermenantu bila nak bercucu. Tp sekarang ni dah ada BF pun dok bising jugak. Nak jumpa tak bagi. Fainnn lah kitorang jumpa pagi2 nak pergi kerja kan, tp 45 minit je pun. Menguap pagi2 pun dah 30 minit. Sempat borak apa je? Nak makan2 tu memang tak la kan? Tengok wayang? Haremmm. Nak jumpa hujung minggu? Hah kena marah ada lah. Kecik hati okie?

Dah lah stress kerja. Hujung minggu nak berjoli pun tak dapat. Kerja 6 hari seminggu kot? 2 minggu je yg off hari Sabtu. Adoii. Setiap kali pun dok cakap suruh simpan duit. Memang la, simpan tu ada la simpan. Tp untuk diri sendiri? Nak jugak mencari kepuasan diri lepas kerja kurang lebih 22 hari sebulan kan. Haihh. Duit sendiri kot. Nak bershopping je memang tak mampu lah. Setakat makan2, tengok wayang tu okie la lagi. Haihh (mengeluh lagi)

Aku rasa aku PMS lah. Tu yg stress semacam. Tak baik okie macam ni. Berdosa. Aku tahu. Tp aku nak luah kat mana lagi? Sedih okie. Bercampur2 perasaan aku sekarang. Stress, bengang, sedih, sakit hati bla bla blaa. Rasa sampai bila2 pun takkan pernah faham aku. 22 tahun dah hidup. Pun tak faham. Yelah patut lah pun kan, aku pun tak faham. En. Bintang suruh banyak bersabar, hormat, jangan melawan sebab benda ni berlaku pun atas sebab risau. Yeah, risaukan anak gadis 22 tahun yg baru nak hidup.

Takpe lah. My work is hell, my life is hell. Eh apsal macam teruk sangat? Oh tu macam hiperbola je bahahaha. Okie tak kelakar pun, tu gelak tak ikhlas. Hurmm. Gembira tu sukar dicapai untuk seorang Ros Nazira nampaknya. Mungkin kadang kala dapat digenggam, tp tak lama pasti terlucut jua dari genggaman. Apa lagi yg harus dikorbankan untuk mendapat secebis bahagia?

Hari ni tiba2 merasa rindu. Rindukan Abah yg sangat jauh. Mula angankan, apa yg berlaku jika Abah masih ada? Adakah aku masih anak manja kesayangan? Yang pasti dipeluk cium setiap kali pulang? Yang pasti dibelikan susu, roti atau makanan lain setiap kali pulang pada malam hari? Yang pasti berbaring berpelukan bila menonton tv? Yang pasti diusik manja? Ah Abah. Sudah 13 tahun tp hati anak manja ini tetap rindu. Maaf Abah jika aku terleka. Alangkah bahagia jika Abah masih ada.

zyra: Bukan tak menghargai mahupun mensyukuri. Tp hati ini sedang marah & kecewa.

4 comments:

DAUD said...

aku ada idea...
try bw sesiapa yang mengongkong ko tu,
follow ko date ngan en. bintang,
katakan semuanya en. bintang yang belanja.

tiada isu risau,
tiada isu berjimat cermat. huhu.

dont stres2. bintang ada untuk pancar sinarnya

Nathalia said...

sgt paham.
sama keadaan kte..
adehh~ :(

zyra j said...

daud: haha bernas idea ko tp xrase cm nk apply. :P bt thx btw.

nathalia: u pn kne cmni? haihh. b'sabar je lah babe.

dee.diyana said...

babe..

i really understand how u feel..
lagipon i'm going to turn into 23 this year..huhuhuhu

masalah cinta terhalang lagi melukakan hati...
hurt me so much... :(