Friday, August 5, 2011

Hipokrit

Manusia ni, hipokrit je lebih. Semalam kau cakap kau tak suka dia. Tup tup esok berjumpa boleh je bertegur sapa. Nak jaga hati. Konon. Lepas tu kau umpat keji dia. Tak lama lepas tu boleh je nak like gambar, komen status FB bagai.


Manusia ni, hipokrit je lebih. Semalam dia bagi pandangan benci kat kau. Hari ni bergurau senda dengan kau. Tapi ayat pedas. Mahu plak kau tak sentap, tak makan dalam. Esok lusa confirm dia umpat kau. Tapi kau senyum je. Sakit hati. Rasa nak bagi kaki.

Manusia ni, hipokrit je lebih. Semalam senyum2 dengan kau. Hari ni datang campak kerja yang banyak dekat kau. Bila kau mengadu tak boleh nak siapkan dengan cepat, serius dia cakap tak boleh tak siap. Mesti siap. Ingat kau robot. Hati batu. Esok lusa bila tak siap, salahkan kau. Padahal dia pun bertanggungjawab sebab dia ketua.

Manusia ni, hipokrit je lebih. Aku buat je yang kat atas sekali tu. Tapi aku tak pernah lah nak umpat keji pastu berpura2 like gambar, komen status. Yang kedua & ketiga? Aku tak pernah buat lagi. Ye aku hipokrit. Tapi aku tak suka mengeji sambil berpura-pura suci. Depan orang yang dibenci, pijak semut pun tak mati.

Manusia ni, hipokrit je lebih.

zyra: Susah nak sembunyikan perasaan. Rasa nak pakai topeng bila keluar.

Sunday, July 17, 2011

HP.

Aku dah tengok Harry Potter. Yup, Harry Potter & the Deathly Hallows Part 2. Best ke? Best la kot. Tp aku macam kecewa. Sebab aku expect more than that. I thought HP would die eventually. Together with Voldemort or yg sebenarnya tu Tom Riddles yang dah hodoh takde hidung muka macam ular (why I never thought that he is Tom?duhh~)

Well, dah khatam dah pun semua tujuh2. Dari zaman budak kecik sampai lah dah besar. Ron Weasley tu kan, serius macam bapak orang. Besar gila. Ngan buncit nye lagi. Kecik2 je comel. Isk isk isk. Em, orang cakap lagi best kalau baca buku JK Rowling tu. Tp aku malas. Haha! Tengok movie yg tak seberapa tu je laa. So hari ni duduk rumah je. Demam. Di samping hingus yg meleleh3. T.T


zyra: Aku tak suka Harry ngan Ginny. Grrr~

Sunday, July 10, 2011

Teringin..

Teringinnya nak makan mee goreng basah. Pedas2 gila. Pastu banyak ayam. Takpun daging, udang ke. Sedapnyaaa! Mak je yg boleh masak macam tu. T.T

zyra: Nak masak pe malam ni ea?